Saturday 26 November 2011

KENDURI KENDARA

Cuti sekolah da tiba , macam biase cuti2 nie mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan . Hari nie ade kenduri kat kampung aku , so aku pun pergi la kan . Kenduri nie yang kawin akak kawan aku . diaorang bersanding dekat dewan . Memang dekat la dengan rumah aku yang sekangkang kera nie . Malam tadi aku da menyumbangkan suara aku yang tak berapa merdu nie untuk orang kampung dengar . Kalau boleh nak pengantin yang dengar , kire macam hadiah aku untuk diaorang sempena perkahwinan diaorang nie la . Tapi diaorang tak de pulak ! hehe

Hilang la jugak tension aku lepas berkareoke nie . Dengan muka tak malu aku pun pergi la melalak kat situ , nasib la orang tak ramai . Lepas tu aku pun balik rumah dengan hajat nak tido. Tapi orang laen kareoke sampai pukul 1 , memang tak lena la aku nak tido . Pagi tu aku bangun dengan muke mengantok je tak cukup tido , lepas tu g tolong kat tempat orang kenduri . Aku nie kan pemuda kampung yang berhati mulia , mesti la aku g tolong kan . hehe . Dengan cuaca sekarang yang tak menentu , kejap hujan kejap panas akhirnya majlis nie berjalan dengan lancar jugak . Habis penat rase badan aku nie . Memang tido awal la aku malam nie .

Kat bawah nie ade gambar aku mase kenduri tadi .

aku dengan kawan aku berangan kejap bila la turn kiteorang ! hehe

pelamin anganku


Okayy . Sampai sini dulu story mory aku untuk hari nie . Nanti kalau ade story lagi aku update blog nie .


No comments:

Post a Comment